Pertama kali
aku mendaki bukit.
Mungkin kerana lemahnya stamina, lemahnya endurance dan
lemahnya otot2 kecilku,
begitu
kelelahan yang dirasa, seolah mahu turun saja berguling guling ke bawah bukit.
Belum beberapa meter kaki mendaki melawan graviti,
mulut sudah berbuih buih merungut kepenatan.
Ingin saja
aku berputus asa dipertengahan jalan.
Namun
melihat akan kegigihan rakan2 sekelas yang lainnya, aku gagahkan juga kaki ini
untuk mendaki dan terus mendaki hingga ke puncak.
Begitu tiba di atas, kami disajikan
pemandangan yang subhanaALLAH…masyaALLAH..indah. semua amazed melihat keindahan
itu. Melihat view Bandar kuantan lestari dari puncak bukit, berlatar
belakangkan awan biru,
halus kabus memutih membuat semua yang
menyaksikan kagum, ternganga..takjub.
kepenatan
yang tadinya menyesak jiwa kini hilang seolah ditiup angin lalu.
Langsung tidak terlintas lagi di fikiran akan
kelelahan yang tadinya dibebelkan dihujung bibir.
ibrah yang
ALLAH perlihatkan kepada aku-
bahawasa sesungguhnya jalan yang bernama JALAN
DAKWAH ini boleh dianalogikan seperti jalan mendaki bukit itu.
Perumpamaan sebagai gambaran bagi yang belum
mengenal akan jalan dakwah. Jalan yang sememangnya sungguh memenatkan dan
panjang,melelahkan, menguji kekuatan iman,pahit lagi menyesakkan
bagi yang bersungguh sungguh melaksanakannya
bagi yang bersungguh bermujahadah melawan
segala arus uijan dan cobaaan,
bermujahadah
mengejar manisnya iman,lazatnya cinta kepada yang Maha Pecinta.
Jalan yang memerlukan semangat,hamasah serta
azam yang qawiy. Untuk tiba di puncak dan menikmati bagaimana rasa nikmatnya
berada di puncak dan pemandangannya,kaki haruslah mendaki dan terus mendaki.
Begitu juga
pahit jalan dakwah,once ALLAH kurniakan rasa manisnya iman,lazatnya cinta DIA,
segala kepahitan menjadi madu yang manis
ditelan.
Kesusahan,keperihan
itu tiada apa lah nak dibandingkan indahnya syurga yang dijanjikanNYA bagi
mereka yang BERSUNGGUH BEKERJA LILLAHITAALA.
Bagi yang ikhlas menyusur arus dakwah,
bagi yang
setia mencintaiNYA,bagi yang bergantung harap hanya padaNYA,
bagi yang
tulus berjuang demi redhaNYA.
Penat yang
dirasa bukan sahaj ketika mendaki, malahan jalan untuk menuruni bukit itu juga
amat menguji ketahanan mental dan fizikal insan kerdil ini.
Seorang
sahabat telah tersungkur tersepat akar pokok. Diri ini jugs telah berkali kali
hamper terjelepuk akibat cuai.
Begitu
analoginya dengan jalan dakwah ini, harus diselusuri penuh berhati hati dan
sentiasa alert.
Sekali leka,
bias tersungkur tersandung batu/akar pokok/yang sewaktu dengannya.
Tidak dinafikan,
dalam menyelusuri jalan dakwah yang berliku,susah untuk mempertahankan diri
untuk tidak tersungkur. Ada saat ketika kita diuji dengan kelalaian lantas
jatuh tergelincir tersungkur menyembah bumi.
Walaubagaimanapun,
sekeras mana usaha kita untuk bangun kembali, berdiri atas kedua kaki,lalu
meneruskan perjalanan hingga ke penghujung. Sekental man hati,seikhlas mana
niat untuk gagahkan diri mujahadah bangkit kembali. Usaha itu yang dinilai ALLAH. Biar tersungkur
beribu kali sekalipun, gigihnya usaha untuk bangkit kembali itu yang dinilai
Illahi.
Namun, dalam
jalan ini juga haruslah disertakan usaha keras untuk tidak tersungkur. Agar kita
ada jawapan saat ditanya apa usahamu agar kau tidak tersungkur? Adakah kau
sengaja membiarkan dirimu terjelepuk jatuh bergolek golek? *nangis….
Kepada yang
sedang meniti jalan dakwah, tabahlah,mujahadahlah,sentiasa berjiwa kental
menyelusuri jalan ini penuh hati hati. Mujahadah demi pengakhiran indah yang
dijanjikanNYA kelak. InsyaALLAH, usahamu,keperitanmu,kepayahan itu tiadalah
sia2nya di pandangan DIA. Bersama terus berjuang demi redhaNYA. InsyaALLAH.
Mohon doakan diri ini senantiasa mujahadah untuk terus kekal dalam landasan. Aminnn ya RABB
:’)