Thursday, February 12, 2015

penat mendaki? penat lagi jalan ini..

Pertama kali aku mendaki bukit. 
Mungkin kerana lemahnya stamina, lemahnya endurance dan lemahnya otot2 kecilku,
begitu kelelahan yang dirasa, seolah mahu turun saja berguling guling ke bawah bukit.
 Belum beberapa meter kaki mendaki melawan graviti, mulut sudah berbuih buih merungut kepenatan.

Ingin saja aku berputus asa dipertengahan jalan.
Namun melihat akan kegigihan rakan2 sekelas yang lainnya, aku gagahkan juga kaki ini untuk mendaki dan terus mendaki hingga ke puncak.

 Begitu tiba di atas, kami disajikan pemandangan yang subhanaALLAH…masyaALLAH..indah. semua amazed melihat keindahan itu. Melihat view Bandar kuantan lestari dari puncak bukit, berlatar belakangkan awan biru,
 halus kabus memutih membuat semua yang menyaksikan kagum, ternganga..takjub.

kepenatan yang tadinya menyesak jiwa kini hilang seolah ditiup angin lalu.
 Langsung tidak terlintas lagi di fikiran akan kelelahan yang tadinya dibebelkan dihujung bibir.

ibrah yang ALLAH perlihatkan kepada aku-
 bahawasa sesungguhnya jalan yang bernama JALAN DAKWAH ini boleh dianalogikan seperti jalan mendaki bukit itu.
 Perumpamaan sebagai gambaran bagi yang belum mengenal akan jalan dakwah. Jalan yang sememangnya sungguh memenatkan dan panjang,melelahkan, menguji kekuatan iman,pahit lagi menyesakkan
 bagi yang bersungguh sungguh melaksanakannya
 bagi yang bersungguh bermujahadah melawan segala arus uijan dan cobaaan,
bermujahadah mengejar manisnya iman,lazatnya cinta kepada yang Maha Pecinta.

 Jalan yang memerlukan semangat,hamasah serta azam yang qawiy. Untuk tiba di puncak dan menikmati bagaimana rasa nikmatnya berada di puncak dan pemandangannya,kaki haruslah mendaki dan terus mendaki.

Begitu juga pahit jalan dakwah,once ALLAH kurniakan rasa manisnya iman,lazatnya cinta DIA,
 segala kepahitan menjadi madu yang manis ditelan.

Kesusahan,keperihan itu tiada apa lah nak dibandingkan indahnya syurga yang dijanjikanNYA bagi mereka yang BERSUNGGUH BEKERJA LILLAHITAALA.
 Bagi yang ikhlas menyusur arus dakwah,
bagi yang setia mencintaiNYA,bagi yang bergantung harap hanya padaNYA,
bagi yang tulus berjuang demi redhaNYA.

Penat yang dirasa bukan sahaj ketika mendaki, malahan jalan untuk menuruni bukit itu juga amat menguji ketahanan mental dan fizikal insan kerdil ini.

Seorang sahabat telah tersungkur tersepat akar pokok. Diri ini jugs telah berkali kali hamper terjelepuk akibat cuai.

Begitu analoginya dengan jalan dakwah ini, harus diselusuri penuh berhati hati dan sentiasa alert.
Sekali leka, bias tersungkur tersandung batu/akar pokok/yang sewaktu dengannya.

Tidak dinafikan, dalam menyelusuri jalan dakwah yang berliku,susah untuk mempertahankan diri untuk tidak tersungkur. Ada saat ketika kita diuji dengan kelalaian lantas jatuh tergelincir tersungkur menyembah bumi.

Walaubagaimanapun, sekeras mana usaha kita untuk bangun kembali, berdiri atas kedua kaki,lalu meneruskan perjalanan hingga ke penghujung. Sekental man hati,seikhlas mana niat untuk gagahkan diri mujahadah bangkit kembali.  Usaha itu yang dinilai ALLAH. Biar tersungkur beribu kali sekalipun, gigihnya usaha untuk bangkit kembali itu yang dinilai Illahi.

Namun, dalam jalan ini juga haruslah disertakan usaha keras untuk tidak tersungkur. Agar kita ada jawapan saat ditanya apa usahamu agar kau tidak tersungkur? Adakah kau sengaja membiarkan dirimu terjelepuk jatuh bergolek golek? *nangis….


Kepada yang sedang meniti jalan dakwah, tabahlah,mujahadahlah,sentiasa berjiwa kental menyelusuri jalan ini penuh hati hati. Mujahadah demi pengakhiran indah yang dijanjikanNYA kelak. InsyaALLAH, usahamu,keperitanmu,kepayahan itu tiadalah sia2nya di pandangan DIA. Bersama terus berjuang demi redhaNYA. InsyaALLAH. Mohon doakan diri ini senantiasa mujahadah untuk terus kekal dalam landasan.  Aminnn  ya RABB  :’)

No comments:

Post a Comment