Thursday, February 12, 2015

penat mendaki? penat lagi jalan ini..

Pertama kali aku mendaki bukit. 
Mungkin kerana lemahnya stamina, lemahnya endurance dan lemahnya otot2 kecilku,
begitu kelelahan yang dirasa, seolah mahu turun saja berguling guling ke bawah bukit.
 Belum beberapa meter kaki mendaki melawan graviti, mulut sudah berbuih buih merungut kepenatan.

Ingin saja aku berputus asa dipertengahan jalan.
Namun melihat akan kegigihan rakan2 sekelas yang lainnya, aku gagahkan juga kaki ini untuk mendaki dan terus mendaki hingga ke puncak.

 Begitu tiba di atas, kami disajikan pemandangan yang subhanaALLAH…masyaALLAH..indah. semua amazed melihat keindahan itu. Melihat view Bandar kuantan lestari dari puncak bukit, berlatar belakangkan awan biru,
 halus kabus memutih membuat semua yang menyaksikan kagum, ternganga..takjub.

kepenatan yang tadinya menyesak jiwa kini hilang seolah ditiup angin lalu.
 Langsung tidak terlintas lagi di fikiran akan kelelahan yang tadinya dibebelkan dihujung bibir.

ibrah yang ALLAH perlihatkan kepada aku-
 bahawasa sesungguhnya jalan yang bernama JALAN DAKWAH ini boleh dianalogikan seperti jalan mendaki bukit itu.
 Perumpamaan sebagai gambaran bagi yang belum mengenal akan jalan dakwah. Jalan yang sememangnya sungguh memenatkan dan panjang,melelahkan, menguji kekuatan iman,pahit lagi menyesakkan
 bagi yang bersungguh sungguh melaksanakannya
 bagi yang bersungguh bermujahadah melawan segala arus uijan dan cobaaan,
bermujahadah mengejar manisnya iman,lazatnya cinta kepada yang Maha Pecinta.

 Jalan yang memerlukan semangat,hamasah serta azam yang qawiy. Untuk tiba di puncak dan menikmati bagaimana rasa nikmatnya berada di puncak dan pemandangannya,kaki haruslah mendaki dan terus mendaki.

Begitu juga pahit jalan dakwah,once ALLAH kurniakan rasa manisnya iman,lazatnya cinta DIA,
 segala kepahitan menjadi madu yang manis ditelan.

Kesusahan,keperihan itu tiada apa lah nak dibandingkan indahnya syurga yang dijanjikanNYA bagi mereka yang BERSUNGGUH BEKERJA LILLAHITAALA.
 Bagi yang ikhlas menyusur arus dakwah,
bagi yang setia mencintaiNYA,bagi yang bergantung harap hanya padaNYA,
bagi yang tulus berjuang demi redhaNYA.

Penat yang dirasa bukan sahaj ketika mendaki, malahan jalan untuk menuruni bukit itu juga amat menguji ketahanan mental dan fizikal insan kerdil ini.

Seorang sahabat telah tersungkur tersepat akar pokok. Diri ini jugs telah berkali kali hamper terjelepuk akibat cuai.

Begitu analoginya dengan jalan dakwah ini, harus diselusuri penuh berhati hati dan sentiasa alert.
Sekali leka, bias tersungkur tersandung batu/akar pokok/yang sewaktu dengannya.

Tidak dinafikan, dalam menyelusuri jalan dakwah yang berliku,susah untuk mempertahankan diri untuk tidak tersungkur. Ada saat ketika kita diuji dengan kelalaian lantas jatuh tergelincir tersungkur menyembah bumi.

Walaubagaimanapun, sekeras mana usaha kita untuk bangun kembali, berdiri atas kedua kaki,lalu meneruskan perjalanan hingga ke penghujung. Sekental man hati,seikhlas mana niat untuk gagahkan diri mujahadah bangkit kembali.  Usaha itu yang dinilai ALLAH. Biar tersungkur beribu kali sekalipun, gigihnya usaha untuk bangkit kembali itu yang dinilai Illahi.

Namun, dalam jalan ini juga haruslah disertakan usaha keras untuk tidak tersungkur. Agar kita ada jawapan saat ditanya apa usahamu agar kau tidak tersungkur? Adakah kau sengaja membiarkan dirimu terjelepuk jatuh bergolek golek? *nangis….


Kepada yang sedang meniti jalan dakwah, tabahlah,mujahadahlah,sentiasa berjiwa kental menyelusuri jalan ini penuh hati hati. Mujahadah demi pengakhiran indah yang dijanjikanNYA kelak. InsyaALLAH, usahamu,keperitanmu,kepayahan itu tiadalah sia2nya di pandangan DIA. Bersama terus berjuang demi redhaNYA. InsyaALLAH. Mohon doakan diri ini senantiasa mujahadah untuk terus kekal dalam landasan.  Aminnn  ya RABB  :’)

Thursday, March 7, 2013

ALLAH, masih sayangkah???

Allah hu Rahman... Allah hu Rahim
kalimah basmalah yg diucapkan setiap hari n hampir setiap masa dlm daily life bg yg brgelar muslim...
sejauh mana mengimani bahawa sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lg Penyayang???
kalimah yg bermain main dibibir mulut,
sejauh mana sifat2 ALLAH itu telah diimani sepenuh hati.?....reflect diri sendiri...

selagi ALLAH x hadirkn RASA itu and if tak alami something yg membuat hati sentap, mungkin masih x menghargai dan x mengimani dgn sepenuhnya dgn sifat ALLAH Pengasih dan ALLAH Penyayang...
mungkin dek kerana mata hati yg dibutakan oleh keindahan dunia, ataupun nafsu durjana...
hingga terhijabnya mata hati utk melihat kasih sayang ALLAH utk sekalian makhlukNYA..
astaghfirullah.........

however, sebesar mana kemurkaan ALLAH, kasih syg dan rahmatNYA pasti mendahului..
subhanALLAH..

memetik kata2 dr seorg akhawat- 
"dan terasa betapa Maha 'Afin Allah tu bila mana dosa dan maksiat2 dlu tu ibaratnya hilang mcm tu je pd sisi Dia padahal terasa yg diri ni xcukup lg berbuat kerja"

sgt cukup utk membuat hati sentap, touching lg emo....ohohoh
sape mkn cili dia lah yg terasa kesentapannye..
anda sentap? tidak? ohhhh..tp sy sgt sentap..oOppss..alamak..tetiba rasa mcm byk sgt pulak mkn cili..(eventhough dh pukul 1 pg..ntah cili dr ceruk mana nk cari pn x tau laaa)


ehemmm...jujurnya,kata2 itu mmg menyentap batin sy.uhukkk!  
memang.... betapa pemaafnya ALLAH, pengampun, pengasih lg penyayang....


eventhough diri ni dh byk sgt derhaka,ingkar dan sombong dgn DIA...dosa..,maksiat, x payah kira dgn jari laaa..mmg xkan cukup even tambah jari kaki nk kira
 astaghfirullah...... T_T


Tp Allah still je kasih,still sayangkn hambaNYA yg x sedor diri nih...
(ALLAH sygkan aku ke?? ke perasan sendiri jeee..) still je ALLAH nk guide to the right path. still nk bg hidayah n petunjuk tu.....alhamdulillahh...kesyukuran,hanya dpat dibuktikan dgn amal..moga terus dberi hidayah..

till now,terasa seolah bermimpi bahawa aku masih lg berada di jalan ini..
sesunguhnya aku masih di sini...masih di gerabak ini?? masih??
(cubit2 pipi yg x gebu ni..)
masih diterima oleh ALLAH kah, 
utk sama2 berada dlm kalangan insan2 yg menolong agama ALLAH????
kalau nk cakap pasal tersungkur ni...usah ditanya lah
mmg dah kerap kali sgt dah..tersungkur smpai berdarah darah n luka2 pun adetp still x sedar2 kn diri jugakk
betapa angkuh dan sombongnya manusiaaaa      
aastaghfirullah....


kecintaan kpd indahnya dunia membutakan mata hati utk memahami ayat2 ALLAH
dan menghayati kebesaran2 ALLAH

hanya mereka yg yakin dan percaya dgn janji ALLAH melalui ayat2NYA
yg akan terus tegar dan kukuh berdiri
meskipun dilambung dgn pelbagai tohmah dan mehnah ujian
dihujani dgn cobaan dan fitnah manusia.....



tersungkurnya ssorng itu smasa melewati jalan tarbiyah
juga boleh jadi satu lg bentuk tarbiyah dr ALLAH,satu bentuk persediaan yg ALLAH nk bagi 
wallahu 'alam.. hanya DIA lebih Tahu..


ALLAH Ar Rahman ALLAH Ar Rahim
alhamdulillah
mungkin tarbiyah yg ALLAH nk bagi adalah dr segi kefahaman dan keimanan terhadap kalimah ALLAH Ar Rahman ALLAH Ar Rahim itu sendiri.... 
betapa kasih dan syg nya ENGKAU Ya Rabb trhadap hamba yg selalu lupa padaMU..
alhamdulillah...,hati, jiwa dan batin kini dapat merasakan hadirnya kasih syg dan rahmat itu..
yg sebenarnya selama ni ada je n sentiasa ada punn..
dapat memahami dgn sebenar dan sesungguhnya sifatMU yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang itu...

kekurangan diri ini dalam memberi...
membuatkan sendiri malu terjelepuk di penjuru dunia
segala nikmat yg tak terkira sepanjang hayat di dunia
ditambah pula dgn kasih sayang dan rahmat ini...
ALLAH.....betapa malunyaaaa

hati ini...yg sgt mudah berbolak balik
keikhlasan..,yg hanya dgnnya,amalan itu akn diterima
dan tidak tersia begitu shj...
yg hanya DIA yg layak menilai hati hamba2NYA...

Moga terus dipandu dan dilimpahkan dgn kasih syg dan rahmat drNYA...




Friday, September 28, 2012

guide your way to the real meaning of SINCERE



erti sebuah keikhlasan...susah utk ditafsirkan
sebabnya,ia dtg dari hati.  mmg di luar kekuasaan kita utk melihatnya
hanya YANG MAHA PENCIPTA MAHA mengetahui hati2 manusia2 hina ini..




andaikata,kita diberi kekuasaan utk mentafsir hati2 manusia, adakah kita tegar dan betah utk menghadapinya? kerenah dan ragam yg pelbagai.....andai dizahirkan dan diperlihatkan pd kita rasa sebenar yg ada dlm hati setiap manusia itu, adakah kita terlalu kebal utk menerima segala kejujuran dan kebenaran yg mungkin dan memang selalunya menyakitkan?




tak dinafikan, satu dlm sejuta yg dapat terima sgala kebenaran itu dgn penuh pasrah, IKHLAS dan rela hati....
dan, yg selebihnya,mcm mana??




if everyone in this world reveals their true feeling about you, about how you live, about how you really look in front of others , anything about you.....are you willingly and happily accept it? or it will end up fighting with each others?
 (ok,persoalan juga utk diri sendiri)




diri ini mengharapkan agar diri diterima dgn ikhlas dan seadanya oleh org sekeliling.. tp.. erti sebuah keihlasan itu sendiri..belum hadam.. so, how you are going to claim others to be sincere to you??? kejam dan zalim tauu??
(dushh2x!! rasa tertembak bertubi tubi kat dahi sendiri)




mmg susah utk ikhlaskn hati, tp once dh rasa nikmat ikhlas.......,pehhh!!! sendiri rasa bru tau..cannot be explain by words..




juz quite similar analogy i can give here about ikhlas....




ia seperti saluran air susu yang terbentuk antara dua salur dlm perut ibu mengandung...
salur susu itu terbentuk antara salur urea dan salur darah yg jaraknya sgtlah rapat dan halusss..tp once ia keluar mengalir ke dalam mulut si bayi,yg dapat dilihat hanyalah cecair putih yang sebetul betul putih...pure white..hanyalah susu semata..without darah..,mahupun urea...walhal,salur2 itu terbina sgtlah dekat lagi rapat namun tidak bercampur sama sekali...

boleh samakan dgn mksud ikhlas tak? sgt halussss lagi kecil and almost impossible to occur..however,thats the real ikhlass if u can experienced it by yourself...i repeat,sgt halusss.




ikhlas itu...


jika benar2 hadir dlm hati seorg mukmin....  x perlukan sbb utk mengasihi mukmin dan muslim yg lainnya.
baik sahabat,keluarga, org2 sekeliling..
does not need a reason to make friend,to take care of, to visit, to make them happy, to put a smile whenever be with them...... no.. just....be sincere.



perlukah sbb utk mengasihi dan mengikat tali ukhuwah? 
tak!! tak perlu cari ciri2 yg perlu ada pd diri seseorng utk kita jadikan sahabat, 
keistimewaan, kelebihan,kekuatan,.......segalanya brgantung on how we interpret them.
i repeat, we do not need a REASON melainkan LILLAH HI TAALA......




belajar utk sentiasa ikhlas dlm semua perkara....


ikhlas mencintai RABBmu, iklhlas mengasihi makhluk2NYA.....
everything in this world if it is build up of ikhlas starting from the basic,insyaALLAH will give you the feels of satisfaction and happiness.. kemanisan ikhlas itu,insyaALLAH akan dtg dgn sendirinya.


kita amat memerlukan keikhlasan org lain utk mengasihi dan menerima serta menjalani kehidupan dgn kita seadanya,thats why, starting from ourself, learn, try, and practice to be sincere...


i'm also, always practicing,practicing practicing and trying my best to be a sincere person towards others...insyaALLAH...
all I need is YOU,YA ALLAH to guide me and be with me in my long long and super long journeyyyy....

Tuesday, July 10, 2012

alhamdulillah ya Rahman.....Alhamdulillah ya Rahimm...Alhamdulillah.....
keranaMU aku menyampaikan,
keranaMU aku terus menyampaikan,
keranaMU aku memberitahu kebenaran......

bukan aku yg memegang hati mereka, tapi Engkau ya Rabb, teguhkan ikatan hati2 ini..
fikhrah yg ingin aku alirkan kpd mereka,
bukan sekadar ilmu yg tidak di praktikkan...

wajah suci mereka membakar semangat ini...
ampuni aku ya Rabb seandainya dosa2 ku yg lalu menghijab apa yg ingin aku alirkan dan sampaikan kpd mereka

aku ingin menyampaikan dan terus menyampaikan...aku ingin membina dan terus membina...
demi ALLAH yang jiwaku berada dlm genggamannya, aku sayanggggg mereka lillahhitaAla...~~~~

*indahcintakeranaALLAH....buatkeranataAt*

Sunday, July 8, 2012

heyy anda yang PELIK!! mari sini,sy nak ceritaa

hey you there!
yes you! ya anda lah, yg pelik! siapa lg??
ye anda yg PELIK...Sy ulang, PELIK!
anda x rasa diri anda pelik ke? anda yg bertudung litup labuhh tuu,yg memakai jubah hitam beserta setokin cap Alain-DelOn tu yg berdiri di tgh2 ramai org yg menggelar diri mereka manusia...
anda yg memakai kopiah putih dan kemejA putih, x rasa pelik ke bdiri di tgh2 org byk yg sedang membeli dan membelah Sunway Piramid itu?
sepatutnya anda rasa pelik...di tengah2 org ramai yg sibuk dgn urusan dunia, anda yg tercegat di situ sambil membawa tafsir "al Quran Darul Iman" rasm uthmani...siapakah anda? alien yg dtg dari planet manakah?


hmmmmmmmm....
SO WHAT IF ANDA PELIK? ADE MASALAH KE?
dont worry, i'm with you..bg org2 yg pelik di luar sana, sy juga pelik spt andaaa...
bg sy dan org2 yg sewaktu dgnnya insyaALLAH, kita tak pelik sbnrnya. yg pelik itu adalah mereka yg memandang kita dgn penuh kepelikan dan kehairanan seolah kita adalah asing+dagang+ghuraba' di bumi malaysia ini dan bumi2 yg sewaktu dgnnyaaa.


sabda Rasulullah s.a.w..
" Islam itu bermula dalam keadaan dagang dan ia juga kembali dalam keadaan dagang. beruntunglah org2 yg berpegang dgn Islam ketika ia dagang" HR Muslim


dagang di sini ertinya asing.....asing pula ertinya pelik..pelik pula membawa maksud lain dr yg lain a.k.a ghuraba' a.k.a ape2 je la yg korang phm yg seerti dgnnye..BERUNTUNGLAH BG ORG2 YG BERPEGANG DGN ISLAM KETIKA IA DAGANG..- perasan x word ni?
so, sesiapa yg rasa diri anda pelik sdgkn anda mengamalkan way of life as a Muslim, berfikiran spt seorg muslim dan mukmin di saat majoriti penduduk bumi melihatnya sbg ssuatu yg aneh a.k.a dagang...,bersyukurlah dan beruntunglah andaaaaaa.insyaALLAH..


di saat kita berdiri di kalangan manusia2 yg memandang kita pelik, suatu saat pasti kita di uji dgn rasa down dan dgn jiwa yg meronta2 ingin bebas dari kepelikan itu. x payah tgk jauh..family kita... oh tidak, mungkin family sy sahaja...(family anda oorg baik2 insyaALLAH) . I'm not saying that my family is wOrst...heeeee..
dlm family juga, kita mungkin dipandang pelik dan aneh. jd org asing dlm family sendiri....ingin bkongsi perasaan? menjadi foreigner dlm family sendiri yg di dalamnya kita membesar....perasaan itu. hanya DIA lebih tahu..... T_T......titisan air jernih yg mengalir di pipi yg x gebu ini bukanlah kerana meratapi nasib yg sebegini rupa tetapi bergetar hati ketakutan memikirkan jawapan utk di kemukakan kpd DIA yg Maha Tahu di SANA kelak ttg sejauh mana usahaku? sebesar apa pengorbananku? seperit apa kesakitan yg pernah aku lalui?dan sebanyak mana garisan kesan luka2 di tubuh ini kerana dakwah dan tarbiyah??????????
seberat apa ujian yg pernah aku lalui utk meletakkan yang diri ini layak utk claim di hadapanNYA kelak bhw aku telah bekerjaaaa?


sifat manusia yg lemah iniii, terlalu mudah mengharapkan dan memikirkan natijah sesuatu benda sebelum berusaha keras dgn penuh kesungguhan utk mendapatkannya. sejauh mana keyakinan dlm diri ini bhw ALLAH menilai sesuatu itu berdasarkan usaha, bukan hasilnya?
*astaghfirullah~~~~~~~~~~~muhasabahdirisendiri*


insyaALLAH, yakinlah bahawa ALLAHlah yg memilih kita utk berada di jalan ini tetapi kita sendiri yg punya pilihan utk meletakkan diri kita sentiasa tsabat atau tidak di jalan ini..tepuk dada tanya iman...wallahua'lam..
tidak dinafikan dlm menempuh jalan yg superrrr panjangggg ini, kita x lepas dari ujian dan cabaran yg x lain x bukan adalah tarbiyah dr DIA,insyaALLAH...ingatlah, sebesar apa pun iaNYA, YAKINLAH bahawa sesungguhnya usaha dan mujahadah itu yg dinilai DIA....


insyaALLAH,


 *mujahadahsampaimatimenujumardhatillah!~~*

Tuesday, June 26, 2012

oh hatiRasaSenang heyyyy!~~~~~

dengan nama yg MAHA MENCINTA.....
dgn hati yg penuh rasa cinta ini, alhamdulillah menulis entri ini dgn penuh rasa gembira dan senang hati plus terharu giler....alhamdulillah3x....senyum sket....(^_^)!





kita merancang, DIA juga merancang n menentukan.
subhanallah...aturan DIA sememangnya sungguh sangat2 teramat cantik dan sempurna. (^_^)

dlm usaha menarbiyah, kita juga ditarbiyah n segalanya dtg dgn izinNYA of course. once again, aku merasai perasaan seumpama ini. me myself merasakan tersangatlah amat rugi jika tersingkir n tertapis dr jalan ini kerana sesungguhnya jalan ini sumpah amat sweet lg lomak berkrim rupenye.. awsome!!! terbaek!

ALLAH mmg sgt mengasihi hamba2 NYA yg kerdil ini kn?? ( ke aku yg terperasan sendiri??)

sometime.....DIA bagi rasa susah,  rasa sulitnya berjalan di atas duri2 jln tarbiyah..
 x lain utk menguji kita.

 tp once DIA dah bg rasa syokkkk tu mmg terus terlupa sgala kelelahan, kesulitan.

 sama la mcm kita puasa..time siang tu, smentara nk tunggu waktu azan maghrib bergema..,terasa sgt seksa n letih...,dahaga, kebulurann n rase nk telan je ape yg ade depan mate. but time korang teguk air bandung cincau yg penuh dgn ais batu tu...,masih ingat lagi ke rase penat mse siang td tu??? compem dh lupe diri kannn? even myself pon(walaupn malu nk ngaku...heeee...)

if ALLAH x bg rasa penat itu...,how can u feel the nikmat yg buat kite lupe diri tuhh?
if x rase susah n sulitnya jln ni....,mcm ne nk rase feel syokk tu bro?? haishhh...



alhamdulillah,
 melihat wajah2 mereka yg seolah x bersalah itu..hehe.. membuat aku utk lebih tegar n kuat serta bertenaga spt air isotonik 100 plus( yg patotnye dibOikot itu) yg mengembalikan bendalir dlm bdn serta tenaga seharian setelah lelah bekerja..*aicehhhh...ayat iklan pulak...tp xnak promote air disini yeee..

 seolah supplement yg mmbuat aku utk berdiri sehat n gagah di jalan ini.
 kehadiran mereka mebuka mata ini lebih lebar n luas yg bahawasanya sesungguhnya aku masih perlu bekerja dan terus bekerjaaaaaaaaa.....
meneguhkan lagi tembok hati kecil ini utk terus kuat menahan n melawan arus nafsu dan perasaan yg terus menerus mencucuk cucuk utk bergelumang dgn lumpur yg sgttt amat dasyhat ituuuu.

tersungkur berkali kali di jalan iniiiii..mengajar aku utk terus kuat. x boleh membiarkan mereka yg tercinta turut tersungkurr. sumpah x sanggup!!! gentar utk menghadapi sesi question n answer dgn si DIA di sana kelak jikalau diri ini sendiri x mengotakan apa yg disampaikan n dialirkan kpd mereka..

melihat semangat mereka (yg insyaALLAH bakal dibasuh dgn tarbiyah agar tidak tinggal semangat cuma...) bikin hati ini berbunga bunga smpai jadi kebun bunga yg disiram dan dibaja menumbuh dgn suburnyaaaaaa.. (^_^)

hati yg penuh bunga mcm ni...syok kannn?
sesungguhnya bond ini mmg pOWer, 1st time jmpe dh rase mcm adk bradik... alhamdulillah..insyaALLAH, for the sake of HIM..

alhamdulillah ALLAH, kerana Kau pinjamkan mereka yg sweet itu untukku dlm menyusuri journey yg sgt awesome nihhh..

SEMoGA semangat dan hamasah yg disedut itu bukan sekadar semangat cuma tp satu bentuk tarbiyah yg mengajar utk terus kuat berpegang pd tali yg satu iaitu tali deen ALLAH yg semmangnya dijamin kukuh dan kuat..takkan putus hooyeahh...

~bulatangumbeeraselamanyademimardhotillah~~~~~(^_^)

Sunday, June 24, 2012

*bArakallah*

bismillahirahmanirrahim~

nk nyanyi sikit boleh? sape xnak dgr boleh sumbat telinga anda dgn cutton bud ekhh. :p
baek... 1 2 3 4... ~barakallahhulakuma wa baraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir...~
antum kenal ka ini lagu? pakcik maher zain punyer lagu tp ni versi maher mumtaz...hohhh..



barakallah~~

btw, pe kejadahnye tetibe minah ni nyayi lagu tu? 
hehhh.. lagu tu sbnrnye ditujukan utk ummi sy yg terchenta~~ a.k.a PUAN mumtazah bt hj maridi. tahniah ummi atas pernikahan yg penuh barakah itu... jzzakumullahu khairan katheera kerana telah mmberi layanan smpurna pd kami meskipun ummi sggt bz di hari tersebut. mabruk ummi! selamat menaiki 1 step lg dlm jln DnT ini. selamat melayari jalan ini yg penuh bersimpang siur brsama abi kami.. kikikiii... ;p . moga kekuatan sntiasa mengiringi ummi..

ummi, disini sy mahu bikin pengakuan yg jujur dr hati ke hati ni..hikhik.mustahil utk sy buat pengakuan face to face dgn ummi sbb bila brtentang mata ngan ummi je, lidah sy jd keras..hihiiiii.. jujurnya, saya rasa sgt penat mengembara ke kampung ummi. jauh tuuuuuuu. sakit2 pinggang i taw ummi duk 5 jam dlm buss...kaki2 ni hbis cramp semuanya. x tau la sisterss yg lain cmne tp anakndamu ini memang sungguh amat penat..

and...nk buat another pengakuan yg juga tulus dari hati sy yg paling dalam...... just after sy tgk je muka ummi keluar dr kreta mse nk jemput kami di bustop itu....,segala kepenatan n kelelahan sy lesap hilang melayang ntah kemana.. tiba2 sy jd amnesia pulak..hohohhh.. lupa dah kepenatan n kesakitan yg sy rase mse dlm bus td..jujur ummi. even me, myself pun x tau mcm mane bleh jd mcm tu..

and i'm strongly believe that others( sisters of al'adiyaat + sorang sepupu kami) also feel the same. mereka juga pasti merasai benda yg same..kan3? disini sy melihat 1 bond yg sgt kuat n kukuh yg terbina di hati2 kami yg menolak kami utk kesana. 1 bond yg mengikat kami adk bradik utk bsama menempuh journey kami ke rumah ummi. hihiii.. juga bond yg mempunyai kuasa membuat kami jadi pelupa,agar kami lupakan sgala kepenatan.

 sy tertanya2 mengapakah ini bond sgt kuat maaaa? sungguh pOwer ummi kami...! even sdare mare sy punye wedding pn x pernah sy attend dari awal majlis sebelum akad, hinggalah akhirnya smpai slesai smuanya.. hOnestly... and i realise that the strong bond is made up for the sake of ALLAH. patot ler kuat semcm je.. bonded by akidah lillahitaALA rupenyer.. i guess, it is impossible for us to come if it not for the sake of ALLAH and without His permission.. alhamdulillah.. barakallah my dear ummi.

sy x tahu tarbiyah apa yg sy dapat dr majlis ummi but i guess i got something. and of course i learned something from it. and also, your last words in the car just before kami naek bus berangkat ke kl,i got something from it and insyaALLAH i will make use of it. eventhough sy rase skrng bukan waktu yg tepat utk sy memikirkan soal itu tp i will make use of it in da future.insyaALLAH. heheee..dah simpan dlm pOket elok2 ni. :-) -make my own storybook with my own life story....~ and doa dr ummi sgt sy hargai....

ummi xnak tahu perasaan sy time di majlis ummi? hehhh.. if ummi xnak tau pun sy nk buat muka x malu jgak.. hohh. perasaan sy bercampur baur la ummi. tp honestly, rasa trsangat sayu sewaktu di dlm masjid dr awal hinggalah after ummi selamat diijabkabul..xtau what kind of feel is it..,x dapat nk describekn dgn words..just ALLAH knows..huhuu. lg 1, sedih sgt sbb ummi kami yg tercinta dah diambil org!!!! heheeeee..kidding. :p

ummi sentiasa milik ALLAH selamanya and i'm very grateful sbb DIA mahu pinjamkan ummi utk kami.. jzkk for everything my dear ummi. hafizakallah..moga ummi sentiasa dlm penjagaan perlindungan dan rahmat serta kasih sygNYA...

~~~barakallahulakuma,aishiteru lillah ummi mum!~~~
---------------------------------------mawaddahmutazmardhotillah------------------------------------------

Saturday, March 24, 2012

PENAT dgn dunia?????

alhamdulillah, masih diberi peluang merasa nikmat sehat..masih diberi pinjam kekuatan dan upaya utk mnggerakkan tgn ini utk menaip ayat2 blog di sini.., yg mungkin ayat2 disini x ramai pn yg mbacanya,mungkin blog ini hnya se'jemput' dr mereka2 shj yg mmbacanya. tp itu x mmbuatkan diri ini utk brhenti menulis di sini. mungkin,1 lg bentuk trbiyah drNYA.insyaALLAH..teramat lah sgtt bersyukur dgn nikmat iman dan islam yg masih mampu dirasai sehingga kini..betapa pemurahnya ALLAH,shingga kini masih terus menerus melimpahkan nikmatNYA kpd hamba2NYA. terus memberi...,meskipun diri ini sgtlah kekurangan dlm memberi kpdNYA. ~~~astaghfirullah~~


semenjak dua menjak n tiga menjak ini, terasa sgt penat dgn dunia.~astaghfirullah~ ...terasa penat utk melewati hari2 di dunia sementara ini..penat utk terus bermujahadah dgn nafsuuu,penat utk mnghadapi dunia yg penuh dgn agenda jahiliyah yg terkadang aku sendiri boleh hanyut di dalamnya...penat ,mnghadapi kerena manusia yg bermacam,yg mOstly of them tidak fhm n x mengerti..
pantaskah bagi seorg daei utk merasakan kepenatan itu?? huhhhh..entahlah.,mungkin belum layak bergelar daei..
astaghfirullah al azim...........................................

saat meluangkan masa brsama akhawat terchenta, terasa seolah berada di dunia n alam yg lain.....
jauh dari segala mcm anasir2 jahiliyyah busuk itu,jauh dari mereka2 yg plbagai ragamnya, jauh dari segala pkara yg mmbebankan jiwa,otak,hati n iman.alhamdulillah. ALLAH masih beri peluang utk diri ini merasa nikmat tarbiyah dan ukhuwah. masih berpeluang utk mabit bersama2...
(baru2 ni mabit di masjid UIA GOMBAK..ok..,sila jeles skrng)..

alhamdulilah,terasa nikmatnya saat berkongsi mknn yg ade(beli kt pasar mlm dpan stesen uni..huhu),nikmatnya saat brhappy circle bsama,nikmatnya tidur bergolek ats lantai masjid same2...alhamdulillahh
saat itu, seolah segala masalah telah disappear dr larutan otak ini.seolah dunia ini kami yg punya... saat 2 per tiga mlm yg dinanti nanti bersama..ohhh,alangkahh...indahh dan bahagianya..rasa mahu waktu dihentikan disitu.takut utk kembali ke alam dunia yg penuh pancaroba..takut utk mnghadapi kerenah n masalah umat yg brmacam.
astaghfirullah..........................

ya ALLAH..ampunkanlah hambaMU ini yg sentiasa merungut dgn rasa penat yg sekecil ini.
sepenat apa pun,namun inilah hakikat yg perlu dihadapi dlm jalan DnT ini. selagi masih punya nyawa dan masih dare to breath the oxygen given by HIM,this is the ONLY wAy...if x rasa nikmat penat itu, so mcm mana nak rasa kenikmatan nikmat kemenangan dan kejayaan itu? kemenangan yg bakal dihadapi suatu saat nanti akan hilang nikmatnya if kita x merasa dulu kepenatan berusaha BERSUNGGUH SUNGGUH sebelumnya..

berusaha....berusaha dan terus berusaha...meskipun setiap saat kau harus bermujahadah dgn rasa penatmu.
jika kita merungut dgn rasa penat sekecil ini....,mereka yg dulunya bagaimana???
Rasulullah s.a.w,para sahabat?? adakah mereka capai kemenangan dgn hanya duduk bergoyang kaki sambil menonton drama kesukaan??

ALLAH..kuatkanlh diri ini utk terus bermujadah spertimana mereka yg terdahulu, kurniakanlah kkuatan sprtimana kekuatan yg telah ENGKAU berikan kpd para kekasihMU....amien ya RABB.

Tuesday, February 21, 2012

~jahiliyyah itu.....~ aku benci!!!..jgn kau rebut sahabat2 ku!!~


"drama korea??? wah!bestnye! mahu tgk juge!!!!"

"ape? tgk movie? citer ape ye??owh,bru keluar ek? emmm,boleh la..jom2!"

"lagu ape yg best? lgu baru ke? sape nyanyi? nak2!bluetooth laaaa"

"eh,mamat tu....hensem kan?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jahiliyyah itu!!

dialog diatas adalah antara yg diucapkan oleh insan ini sendiri..
ya!!! insan ini....hamba ALLAH ini, yg sentiasa lupa akan ILLAHnya yg sebenar..

aku juga manusia,
aku juga pernah merasa jahiliyyah itu, pernah hanyut dibuai permainan duniawi itu!
aku juga pernah hidup dibawah bayangan jahiliyyah dan hiburan sia itu!!!
dan aku tahu bagaimana kotornya dunia jahiliyyah itu,

itulah barat! yg menyebarkan agenda2 yg menjajah pemikiran ummah ini...
termasuk insan ini yg pernah terleka dek senda gurau jahiliyyah itu!

alhamdulillah3x~~~~

tarbiyah ALLAH tersgtlah luas dan ada dimana shj.,
dan insan ini masih diberi peluang utk kembali kpd RABBnya, ILLAHnya...,yg tiada apa pun setanding DIA...

hati ini tersangatlah benci utk kembali kpd dunia jahiliyyah itu!
TERSANGAT BENCI!
tidak mahu terlibat dgn karat2 jahiliyyah itu lg yg sememangnya merosakkan iman dan hati...

tatkala melihat teman2 sekeliling mmbicarakan mengenai jahiliyyah itu,
hati ini sgt terbakar! spt dipanggang panggang!
bayangan jahiliyyah yg mereka bawa kemana jua...
melihat mereka yg tidak tahu ttg jahiliyyah itu, yg tidak sedar akan virus2 jahiliyyah itu yg membinasakan akidah mereka yg sepatutnya hanya menagih redha dan kebahagiaan dr NYA...

hati yg sepatutnya mengutamakan ALLAH dr segala hal, telah tercemar dan rosak ek pengaruh jahiliyyah....

ILLAH yg sepatutnya disembah hanya ALLAH,
telah beralih kpd bayangan2 jahiliyyah itu..

melihat mereka yg leka dgn jahiliyyah itu, aku sgt sedih..
kerana aku juga dulunya spt mereka,
aku juga pernah merasa "kenikmatan" jahiliyyah itu..
justeru, ini yg mmbuatkan aku faham..

sgt sulit bg diri ini utk mnghapuskan sgala karat jahiliyyah itu,
dan mungkin juga karat2 itu masih tersisa dlm diri ini...
Apetah lg mereka..yg tidak fhm...
tp sejurus trsedar dr lamunan jahiliyyah, saat rahmatNYA dilimpahkan atas hambaNYA yg hina ini,
saat tarbiyahNYA mengajar aku akan tiada apa yg pantas dicari melainkan redhaNYA,
hati ini mula belajar membenci jahiliyyah itu!!

aku syg mereka...
sahabatku yg ingin aku berpimpinan tgn bersama mereka di al~jannah kelak...
tidak ingin melihat mereka terus hanyut dek kegembiraan SEMENTARA berpaksikan jahiliyyah itu..





wahai teman~ jika membaca suara hati ini...
sadarlah....keredhaan ALLAH yg perlu kita cari bukan kepuasan hawa nafsu dan perasaan yg sementara cuma...

sadar akan hal ini,
aku tahu itu ertinya, aku yg wajib bekerja menyebarkan kefahaman yg aku terima ttg BUSUKnya jahiliyyah itu,
kewajipan aku utk menyadarkan mereka yg tidak tahu,
tugas aku utk berkongsi kefahaman ini...aku perlu BEKERJA!!!

ya RABB, bantulah aku,....beri aku kekuatan utk terus berusaha dan berusaha dan berusaha menarik mereka keluar dari kancah jahiliyyah itu.........
menyadarkan mereka yg terleka dgn bayangan jahiliyyah..bayangan korea, hiburan, buku pelajaran, cita2......
kuatkanlah aku utk memberitahu mereka bhwsanya sesungguhnya,hanya engkau RABB sebenar yg wajib disembah....

bergetar hati ini memikirkan apakah yg akan aku jawab di hadapanmu kelak saat dipersoalkan ttg tugas ku yg masih belum selesai ini? bimbang jika aku tidak punya jawapan menyatakan bahawa aku sudah bekerja dan berusaha BERSUNGGUH SUNGGUH....

Aku juga ingin lepas dr tanggungjawab ini...........
kalimah syahadah yg aku imani,tersangat berat bagi mereka yg faham,,,
PENYAKSIAN bwh tiada ILLAH selain ALLAH azza wa jalla....
tugas saksi utk menyampaikan apa yg benar...
dan aku telah bersaksi.........
tp adakah aku telah menyampaikan??????????
hanya engkau yg menilai ya RABB...

moga sentiasa diberi kekuatan utk berusaha BERSUNGGUH SUNGGUH di jalan dakwah dan tarbiyah ini.....~~~~~~~~~~~~
amien ya RABB.......



Friday, January 27, 2012

siapakah Tuhanmu? apakah ILLAHmu? siapa Rabbmu??

di saat kita lupa akan DIA,
DIA x pernah lupa akan hamba2 nya yg hina...

di saat kita leka dgn permainan dunia sementara,
Dia x pernah lepas dari memerhatikn kita...

di saat kita jauh dari DIA dan jalanNYA,
DIA selalu ada utk mentarbiyah kita dgn penuh rahmat dan kasih syg...

DIA lah RABB, DIAlah Malik, DIAlah ILLAH.......

yg MAHA pencipta dan yg Maha mencinta,
yg selalu mencintai hamba2nya meskipun hati kita sering saja dipenuhi dgn cinta manusia hina...

mulut ini mengakui bhw DIAlah ILLAH,
namun apakah sama yg dimulut itu dgn yg di hati kecil?

jika mulut mengaku DIAlah ILLAH,mengapakah masih meletakkan yg lain2 sebelum DIA?
mengagungkan sesuatu selain dia melebihiNYA?
takutkan kpd sesuatu selain DIA?

kalimah "LA ILLAH HA ILLAALLAH"
apa hanya di bibir cuma,
jika myakini dan mengimani kalimah itu dgn sepenuh hati,
mana buktinya?
mengapa tidak dibuktikan dgn amal?

mengapa masih bertuhankan harta kekayaan dan kemewahan dunia?
mengILLAHkan impian dan cita2, hiburan dan hawa nafsu semata?

direnung kembali, muhasabah diri...
siapakah ILLAHku? siapakah Rabbku? siapakah Tuhanku?
moga DIA sentiasa dan terus menarbiyah kami dgn apa jua cara yg Dia suka tanpa rasa jemu...

"LA ILLAH HA ILLAALLAH"....mengimani kalimah itu sepenuh hati, jiwa dan raga serta bakul2 yg ada...berusaha utk membuktikannya....mardhatillah!!!

~~~~~astaghfirullah3x~~~~~~~
mood: muhasabah....... :'(




Thursday, November 17, 2011

~Tarbiyah menuju tuhanMU~

satu perkara yg bisa mengubah dunia,
satu prbuatan yg mampu mnggoncangkan hati,
satu kerja yg brupaya melonjak paradigma diri.......
apakah??????

anda ingin tahu?




benar2 ingin tahu?


ianya adalah TARBIYAH...
sy ulang, TARBIYAH

sehingga kini, tarbiyah itulah yg telah mnyadarkan diri,
brbekalkan tarbiyah itulah yg bisa mmbangunkan aku dari kelalaian yg dicipta sndiri,
tarbiyah yg suatu ketika dulu aku x mngerti akan maksudnya,
tarbiyah yg pertama kalinya aku terima sewaktu usiaku mncecah 16 thn cuma.....

................................

diri ini terkdg leka,
mskipun telah beribu kali ditarbiyah,
hati sering saja brmaksiat kpd yg MAHA ESA,
mnderhaka kpd yg mencipta,
nafsu durjana sering saja mengalahkan,
apa guna tarbiyah???????
adakah ianya sia2?

..............................



ya, x dinafikan insan hina ini x dpat lari dr dosa n noda
kerana aku bukan nabi.

namun,
sedarku kini, bhwsanya aku mampu menarbiyah diri sndiri!
ya! tarbiyah diri sndiri,
ertinya, tarbiyah yg ku terima tidaklah sia2 cuma..
dgn tarbiyah, aku mampu sedarkan diri sndiri dr terus dibuai dosa n mainan duniawi

experience is the best teacher in life.....

yes, pengalaman itu adlah tarbiyah terbaik utkmu dlm hidup
cara ALLAH menarbiyah hamba2NYA teramat sgt unik lg sweet lemak berkrim kan??
sgt simple n terbaek!!!
mlalui pengalaman..
dan aku juga brbicara bdasarkan pengalaman

x dinafikan, ramai org yg mampu menarbiyah n mndakwah org lain tnpa prlu pengalaman ttp dgn hnya pembacaan semata...
namun, tarbiyah yg dicurah bdasarkan pengalaman dan kisah realiti diri sndiri sgt brbeza dan lain rasa manisnya

lebih feel,
lebih fhm....
kerna meletakkan diri sndiri pada org yg hndak ditarbiyah is the best way..insyaALLAH
nikmat sewaktu brada di era jahiliyyah, sgt brmakna n anugerah dr ILLAHI yg snantiasa mnyintai hambaNYA,
brbekal pengalaman itulah yg mampu menolak ssorng utk terus menarbiyah n ditarbiyah.....

walaubagaimanapun,
tidak mustahil ssorng yg telah melangkah ke alam 'PUTIH'nya, utk kembali ke zaman 'GELAP' nya...
tidak mustahil...

mmg sgt kecil possibilitynya utk kmbali ke zaman gelapnya,
ttp....
once ia dh brpaling,...
besar kemungkinan dia x akan mahu utk ditarbiyah lg n trsangat berat bgnya utk kerja yg brnama tarbiyah.......
ini sgt mrbahaya buat ssiapa shj brgelar manusia muslim!

sy disini,
brbicara mlalui pengalaman sndiri.....

..............................

so, tarbiyah prlu dijadikan sbg infinity...........
tarbiyah hingga ke hirupan nafas terakhir,
kerna tarbiyahlah nadi seorg muslim utk terus bernyawa di dunia ISLAM....
menuju ke alam infinity....akhirat,
dan demi brtemu yg MAHA PENCIPTA dlm keadaan sbg muslim yg dicinta tuhannya..
insyaALLAH....
belajarlah utk menarbiyah dan ditarbiyah...just for HIM....
MARDHATILLAH!!!!

Saturday, September 24, 2011

~kalimah LAILAHAILLALLAH...~ adakah betul2 mngerti maknanya atau hnya sebutan di bibir shj??~

aku bersaksi bhw TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
dan aku bersaksi bhw MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
LA ILLAH HA ILA ALLAH..

kalimah shahadah yg kita ucapkan setiap kali solat. adakah kita betul2 mngerti maksud disebaliknya?
pnyaksian kita bhawasanya ALLAH itu ILLAH kita. hnya DIA..tiada yg lain. pengakuan kita..
adakah ianya satu realiti atau sekadar hnya di bibir cuma?

diberi 1 analogi~

seorng sahabat brtanya kpd shbtnya,
A: assalamualaikum.. siapa ada di rumah awk skrng?
B: wasalam. dirumah saya tiada siapa2 kecuali saya.
si A brtanya lg..,
A: abg kamu ada?
B: TIADA SIAPA2 DI RUMAH KECUALI SAYA
A: adik kamu??
B: TIADA SIAPA2 MELAINKAN SAYA!!!!

begitulah situasinya. jika anda brada ditempat si A, apa yg akan anda lakukan trhadap si B? sama ada kasi flying kick atau penampar percuma kan..
telah di ulang bberapa kali jwpan yg sama...~TIADA SIAPA2 KECUALI SAYA!..so, wajarkah si B bertanya lagi..available x soalan si B yg dungu nih td?? sgt x fhm bahasa...huhuhh

keadaan yg sama brlaku pada sekalian manusia dlm konteks sbg seorng hamba.
telah terang x payah suluh...kalimah syahadah telah mnjelaskan segala prsoalan.:-

TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

Jd, mengapa kita masih mmperbodohkan diri mncari ILLAH yg lain?
kalimah syahadah yg begitu lncar di mulut cuma...ttp erti kalimah itu tidak difhmkan n dipraktikkan.

mengaku seorg muslim, mengaku hamba ALLAH, mengaku dan bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan ALLAH..
Tp, pada masa yg sama, hati yg kecil itu masih meng'ILLAH'kn bnda2 lain.
mnjadikan yg lainnya sbg ILLAH..
bukankah itu syirik namanya?
dan bukankah syirik adalah satu dosa yg x akan di ampunkan ALLAH?

mulut mengatakan ALLAH adalah ILLAH,
ttp pd masa yg sama masih mndahulukan pkara2 dunia yg lainnya.
mletakkan ALLAH sbg sampingan?
bukankah itu mng'illah'kan pkara lain namanya?

kalimah tauhid yg sering diucapkan hnya mnjadi hiasan di tepi bibir semata...
layakkah kita utk mnggunakan kalimah itu jika kita belum benar2 hadam akn erti dan makna disebalik kalimah tauhid itu?
layakkah kita mngaku ALLAH adalah sembahan kita satu satunya jika pada masa yg sama kita masih mnyembah hiburan??? mnjadikan kepuasan hawa nafsu dan kpuasan dunia sbg tuhan, ILLAH, sembahan?????

tepuklah dada..tnyalah hati dan iman
adakah kita sudah cukup mntauhid dan mengesakan yg MAHA ESA?

Diri yg lemah ini senantiasa juga lalai dan leka....
trkadang mnjadikan pkara dunia yg remeh sbg ILLAH tanpa disedari...
moga ALLAH pandu hati2 ini utk memperteguhkan iman dihati dalam usaha mntauhidkan yg MAHA ESA.

rukun ISLAM yg pertama itu...,
mnjadi panduan dlm mneruskan khidupan sbg seorng hamba,
walau apa jua yg dilakukan dlm hidup ini,jika kalimah itu tidak digenggam erat2 maknawi nya...,maka goyahlah sgala urusan...sia sia lah sgala amalan n sgala susah payah...

krana sgala sesuatu yg dilaksanakn bukan keranaNYA...itu adalah sia sia....

MARDHATILLAH.....itulah harapan, impian cita2 dan matlamat hidup ini
insyaALLAH...segala sesuatu hnya demi MARDHATILLAH.
kerana DIA RABBku, DIA tuhanku..., DIA ILLAH ku....

Tuesday, August 23, 2011

~usrah @ sunwaypirAmid~

usraH kt sunway pyramid?(shopping complex firaun..bak kata ummi,huhu)
dlm kdai buku plak tu...
hahaaaa..ade pernah dibuat org?
ayt kasarnye..(ko ade??)..heheh...

sgt bruntung kami dapat ummi yg sgt unik lg kreatif,
xperience yg x bleh dlupakan, brusrah di dlm kedai buku pOpular @ SP..
huhu...
usually, if tnye org,g sunway pyramid buat ape?
of coz la hamba ALLAH tu akan jwb g shopping,
ape daaaa, tnye soalan cerdik.haha
tp, if org tnye aku, g sunway piramid buat ape?

jwapan aku....?

usrah..(dgn muka selamba lg kacak brgaya)..
1st reaction, of coz dahi org tu akan jd brkerut habis
sunway pyramid kn shopping complex?
ape kejadahnye pi buat usrah kt situ plak?

mmg la sunway pyramid tmpat membeli membelah..,
tp,dgn kuasa veto kami, kami buat usrah kat situ..
so what??
ade sape2 brani nk marah?
pak guard kedai buku tu siap pndang je..no words to say..
haha...maap le ye pak guard, kami buat x hirau je kt pakcik..

x kesah la usrah tu buat kt mane pn,
yg pnting pngisian yg kami dapat dari usrah tu...
pngalaman yg sgt amat best,
first time mnjejakkan kaki ke sunway pyramid utk brusrah..sweet kan??? haha..sape2 yg nk muntah hijau,dipersilakan......

usrah kali itu, prtemuan kami sbelum ummi brangkat ke UK lpas raya nnt,
sgt brmakna,
tujuan ummi mnerbangkan kami ke sunway pyramid,
utk mlihat ummat kita,
keadaan ummat skrng yg sdg tlantar sakit yg tenat
melihat suasana kehidupan ummat masa kini
ummi suruh amik ibrah

sedih....
sgt sedih........
ummat kita....dilanda wahan,
trmasuk lah insan kerdil ini
trkadang ditakluki wahan,
cintakan dunia...takutkan mati...

usrah di sunway pyramid brakhir lbih kurang jam 4.00 p.m
kami, siap2 brgegas utk solat asar pule,
destinasi sbnr ialah masjid sunway,
located in front of sunway pyramid....
niat dihati hndak briktikaf smlman disana,
insyaALLAH, dprkenankan yg MAHA ESA,
pngalaman 1st iktikaf kt masjid..mmg trsgt amat sweeettttt gilerrrrrr

iftar ramai2 dgn akak2 n shbt AEJ, JAD...
n x lupa juga dgn makcik2 yg peramah, baik hati lg cantik brgaya....huhu..
santapan kami pn boleh thn sodapnya...
nasi beriyani kari daging kambing n acar...
pppehhhh!
sedap hingga menjilat jari..(sunnah nabi ye..bukan trademrk kfc..hahah)

pngisian2 mse di masjid tu mmg mantop2 blake..
disampaikan pule olh sis2 yg cun meletop habes
mmg menusuk sanubari lahhh
caya lah akak2 jepang!(jepun)...huhu..

slain ilmu alkhirat..ilmu dunia x dilupakn jgak...,
bak kata ummi,..akhirat2 jgak, dunia jgn lupa..ngeeee~
kt sana, dpat ilmu baru,
blaja bhs jepun..weeee~lalalalaa...
byk nouns n words baru yg akak tu ajar,
sronok pulak brbahasa jepun ni ye...
bila dgr akak2 jepun story pngalaman study diorng kt sane, sgt mnyeronokkan
terasa spt hndak kesana pule...
insyaALLAH, akan ku pijak bumi jepun 1 hr nnt..huhu
tadabbur alam..jaulah
amin.....

insyaALLAH, pulang ke UIA ahad itu dgn ilmu n hamasah baru
moga akn terus melekat di hati sanubari
insyaALLAH, dpat sdut kembali hamasah2 yg kian pudar,
brsama dgn mereka2 mmbuatkan aku lebih segar,
insyaALLAH,
stiap apa yg aku perbuat, hnyalah demi redhaNYA,
bukan kerana tanggungjawab semata, jauh sekali utk hnya mngharapkan kemanisan iman shj..
insyaALLAH, demi mardhatillah!

moga DIA terus pandu hati2 kami utk terus berada di jalan yg LURUS,
jln yg DIA redhai,bukan jalan yg kami sukai...
insyaALLAH, kami berserah diri,...hnya kepadaNYA kami kembali,
ya TUHAN, tarbiyah lah kami dlm apa jua jalan yg KAU sukai.........

Monday, August 15, 2011

futurkah???tiada alasan...

astaghfirullah3x....


ntah kenapa sejak seminggu dua ini hati terasa sgt berat utk mnghapdet blog ini,
tangan ini juga terasa begitu berat n malas sekali utk mnaip ayat2 tarbiyah utk dkongsi brsama.
dah lama terbiar,
kesibukan selaku insan brgelar pelajar merupakan salah 1 alasan bagiku,(alasan? boleh ke diterima pakai dlm jalan dakwah n tarbiyah????)

Rasulullah sendiri, hamba ALLAH yg plg sibuk di alam fana ini
juga punya waktu utk jalan tarbiyah,....
masih punya waktu utk membina hati2 ummat baginda,


x dinafikan, diri ini hnya manusia biasa
yg level imannya sntiasa naik turun,tinggi rendah,...
scara jujurnya, semenjak seminggu dua ni,
hati ini terasa begitu jauh dgn tarbiyah
seolah tenggelam dlm kesibukan urusan dunia yg sementara,
meskipun aku sedar yg ALLAH boleh ambil nyawa ini anytime, anywhere..
roh boleh terpisah dari jasad bila2 masa je..
namun iman yg lemah ini terkadang melenyapkan kesedaran itu...
leka....alpa seolah mndamba kehidupan kekal di dunia

lama juga x brusrah lutut ke lutut brsama adk bradik n ummi trchenta,
terasa rindu di hati ini,

tapi...
adakah jauhnya aku dari mereka mmbuatkan aku jauh dari ALLAH n jalan tarbiyahNYA?
adakah kesibukan hidup yg x seberapa ini melalaikan aku dari mengingatiNYA?
adakah keletihan dan kepenatan jasad mmbuatkan aku leka dari menginsafi kelemahan diri???

aku tahu, jawapannya tidak!
tidak!

jauhnya aku dari keluarga bulatan gembira itu bukanlah sebab utk aku jauh dari Maha Pencipta n jalan tarbiyahNYA.
sibuknya aku dlm mnjalani rutin harian tidak seharusnya mnjadi alasan utk aku lalai dari mengingati Rabbku
letihnya dan penatnya aku melayan urusan duniawi sudah tentu bukan alasan utk aku futur dan lupa utk mnginsafi kelemahan diri

meskipun jauh dimata,
usrah online mnjadi pengubat rindu antara kami,
alhamdulillah, insan hina ini masih dberi kesempatan
utk terus ditarbiyah dlm arus kesibukan duniawi...

usrah smlm yg sekejap cuma dgn brmacam gangguan teknikal,
namun padat dgn pengisian n peringatan agar x terus lena dibuai mimpi dunia..
dasyhat juga peringatan dan sindiran dari kakak usrah terchenta, sis alang...
terasa sgt diperli....,
ttg undang2 manusia yg dibuat dan direka manusia yg kami betul waspada,
brbanding dgn undang2 ALLAH yg trkadang sengaja diabaikan,
yg mana 1 perlu diutamakan?
undang2 manusia? atau yg Maha Esa?
persoalan yg telah kami tau jawapannya, ttapi seringkali undang2 manusia yg mnjadi keutamaan...priority yg spatutnya diketepikan seketika
kerana yg lebih brhak ditaati,....undang2 ALLAH!

seringkali undang2 manusia mnjadi alasan utk tidak attend prog2 tarbiyah,
meeting usrah...
saham yg sgt tinggi nilainya di sana kelak kdg2 trlepas sia2 begitu shj.

kepekaan ummi dan kakak usrah trchinta brkat aturan n petunjuk yg MAHA ESA,
mmbuatkan topik usrah hari itu sgt mnyentuh jiwa,mmbangkitkan kmbali ksedaran insan yg selalu leka,
mmimbing kami yg masih mentah utk lebih arif dgn selok belok jln tarbiyah ini

jazakillah alang sayang....ats prkongsian n pengisian mantap itu..
hafizakallah...uhibbuki fillah
org yg sy plg syg adalah insan yg plg kerap mngingatkan sy kepadaNYA..insyaALLAH..

Allahuakbar...tarbiyah n aturan ALLAH mmg sgt cantik, rapi dan trsusun
alhamdulillah....masih dberi pluang utk ditarbiyah
masih dberi peluang utk sedr n bangkit dari mimpi dunia yg sementara

insyaALLAH,slpas ini akan lebih mahir n memahami selok belok jalan tarbiyah,
lebih arif dlm mmbuat keputusan,
lebih bijak dalam mngatasi undang2 manusia yg juga hnya seorng hamba,
insyaALLAH, moga ALLAh mmbimbing dan mmberikan petunjuk...amin....